Saidah's Blog


Thursday, June 23

woit! woit!

acting cute! aegyoo~~
o mai gad! o mai gad! o mai gad!
bibi myeon !!

ASSALAMUALAIKUM.
Aigoo.. OMO~ dah lama ek aku tak update blog aku ni. almaklum, INTERNET LEMBAP! keke! okay okay.. so, biasa lahh.. berjuta cerita dalam kepala aku ni haa. tak tau nak tulis apa dahh. erm, aku amik story paling latest je lah ye. now, let's start with the the drama series that i've like suddenly, aku mula suka drama ni sejak cuti sekolah hari tu, erm, lupa nak kecohkan kat member sekolah pulak! haa, nak tau drama apa? esh! mesti korang fikir, "aduhh, minah ni mesti tak habis habis ngan korea dia" nope sir! you are totally wrong! haha! ni cerita CSI atau yang panjangnya, Crime Scene Investigation !

 kahkahkah! entah macam mana aku boleh gila minat drama ni plak! syok habis kott! walaupun dah banyak kali ulang case yang sama, aku tetap tengok macam kali pertama aku tengok. hehe! dalam drama ni, of course, ada seorang boyfriend detective aku yang comel!! hehe! nama dia, er, Eric kot! haha!

well, yeah. he's not that cute. but, I DON'T CARE !
tu satu cerita, now. nak cakap pasal rumah kaca pulak. ye, tau. benda alah tu dah kene roboh. ni masa sebelum AF tamat lah. aku pergi kat rumah kaca tu lahh. Erul tak ada. hehe. sian. (annyeonghaseyo!) so, macam biasa. asal aku pergi je, PakNil tak ada. hesh! bengkerk! but, hari tu, ada principal dia, Amy Search, and the other teachers lahh. semua, complete! cuma tak ada PakNil. so, aku ambik peluang untuk mengambil foto foto guru dan pelajar AF ni kan. sekali, tengah rakam sana sini, aku nampak seseorang yang menarik perhatian aku, korang tau apa?! hehe. mestilah tak tau aku tak cakap lagi. keke! aku nampak PAK NIL !!!! yeay!!! tak sangka, aku dapat jumpa dia pada hari terakhir aku tengok rumah kaca tu. elok sangat lah tu. memang serious macam beruk aku dibuatnye.

antara pics yang aku dapat ! yeay!
tapi gambarnya tak jelas sangat lah. dia banyak bergerak dan mukanya sentiasa terhalang ! :3
then, masa cuti sekolah jugak, aku layan cerita 'My Girlfriend Is A Gumiho' 
ni Si Hero dan Si Heroin.
(GuMiHo and DaeWoong)
yes, yang ni baru korea. entah kenapa, watak Si Jahat lebih menyerlah berbanding Si Hero. cerita ni SUMPAH best. kepada yang suka drama romantic comedy, memang layak tengok ni. sweet kot! aku malas nak buat sinopsis. so, korang tengok jelah. kenapa aku kata Si Jahat lebih menyerlah? sebab....
TADAAA~~!
at first, rupa dia hanya macam ni je.
never smile but stil cute!

then, dia jadi baik sikit.
in the end, he's SO CUTE!!
 now you know what i mean? yes? no? no? yes? whatever, masing masing punya pendapat la kan. last sekali for today, aku dah malas lah nak berjuang demi BSJ. well, yeah. aku kalah. hehe.so what, kalah tak semestinya give up forever,right? aku dah tak nak buat buat perang dingin kat kelas lagi dah. lantak lah.  oh ya, hari tu kitorang tangkap gambar kelas. err, i mean. hah! tengok nii...
comel kann??? heehee~
oh! oh! satu lagi, hari tu aku tengok wayang cerita 'Pirates Of The Caribbean' oh gawd! cerita ni aku memang minat gila! lagi lagi ada boyfriend aku! haha! of course~ Johnny Depp!!!! keke! aku tengok kat KLCC dengan oppa (abang) and unnie(kakak) sedara aku! best! best! best!
oh! he's HAWT !

this is my oppa and unnie !!! <3
well guys that's all for today !!!!!!! :DD 
annyeong <3

Thursday, June 2

k-pop k-pop !

assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya Wartawan Saidah Aziz ingin memberi laporan kepada anda tentang 'K-Pop Addict' yang semakin tersebar luas di negara kita. Kini, peminat peminat k-pop sudah tak mengira umur. Bayangkanlah, bukan sahaja remaja, malah kanak kanak juga meminati dan hafal lagu lagu k-pop ini. Walaupun entah apa sebutan yang keluar dari mulut mereka, asalkan ada melodi nya sudah memadai. Contohnya, di Malaysia kini sudah biasa dengan lagu WonderGirls-Nobody dan SuperJunior-Sorry Sorry bukan? Jadi, jangan lah kita terkejut  kalau ada makcik makcik yang menggunakan lagu ini sebagai ringtone handphone mereka. *lols* Dengan itu, saya telah mewawancara beberapa rakan rakan saya di kelas 3RK pendapat mereka tentang 'K-Pop Addict' ini.

A : Di sini saya bersama Cik Azzi Aqila yang merupakan pengaruh utama di kelas ini. Saya dapati bahawa beliau lah yang telah menyampaikan segala 'ilmu pengetahuan' nya tentang k-pop ini. Jadi, Cik Azzi, soalan saya, apa pendapat anda tentang 'K-Pop Addict' ?
B : Hah? perlu ke tanya aku? kau sendiri dah cakap aku pengaruh terbesar kat sini kan? so, jangan kacau aku! (sambil tengok kamera) Eh! kamera ni hidup eh?
A : (angguk)
B : What?! apsal tak cakap??! ulang balik ulang balik! cut scene tadi tau! ei, buat malu aku je lah!
(HARAP MAAF. RANCANGAN TERGENDALA SEBENTAR...TUUUUUUTTTT!)
B : Hah? Dah hidup dah? okay, mula balik eh? ehem! Ye, Cik Saidah. Pada saya k-pop ni dah macam separuh. eh! bukan! dah macam hidup saya! senang cerita, saya lahir je, dah tahu apa itu k-pop! (cheh..) Mula mula dulu.. kawan kawan saya tu, b*doh! Eh! kurang pandai, hehe. sebab mereka tak sedar bahawa k-pop ni memang terbaik!! haha! haa.. saya rasa tu je lah pendapat saya.
A : ah, ye. terima kasih Cik Azzi kerana sudi meluahkan masa bersama.
B : aku tak sudi, kau yang paksa! (tengok kamera) hey! ingat kan kamera dah tutup! hish! pape jelah! (malu)


A : Sekarang pula bersama Cik Shafiqah atau Piqah. Apa pendapat anda tentang k-pop ni ye, cik?
B : Saya rasa, biasa je.apa apa pun KimHyunJoong lah. tu je, terima kasih.
A : .....? Eh! tak kan tu je, err, maksud saya, kan ada sesetengah orang yang memuji, ada pula yang mengutuk. jadi, komen anda tentang hal ini?
B : er, hm. kita kan hanya manusia. Tuhan cipta kita dengan pelbagai warna. sama lah. kepada yang ngutuk tu, biar lah diorang. kepada yang puji, pun biar lah. yang pasti saya minat SS501. (senyum)
A : aahhaa.... (tak tanya pun) 
B : oh ya, kalau nak tahu saya merupakan salah seorang pelanggan setia E-POP. tak pernah miss! (muka berlagak) E-POP tu majalah yang update tentang artis artis Korea, Jepun dan Taiwan. best! beli tau! (senyum)
A : ha, yelah. terima kasih la ye Cik Piqah.


Apa kata kita tanya pelajar lelaki pula?


A : Encik Adib Aizat. haa! saya dapat tau anda telah menjadikan seorang pelakon Korea sabagai idola anda, betul ke? er, kenapa ye? dah tak suka perempuan dah ke?
B : Eh! apa pulak?! bukan macam tu. Aku suka dengan style JiHoo(BoysOverFlower)tu ha. Smart, cool, handsome pun. (senyum)
A : Er, kenapa encik senyum? ada apa apa ke ni?
B : Hah? hehe. Aku tau, muka dia macam aku kan? (senyum)
A : What?! haah. Tak apa lah Encik Adib. Terima kasih atas respon baik anda. (terus blaa)


A : Encik Fadhil, boleh saya tanya pendapat anda tentang 'K-Pop Addict' ini?
B : K-Pop?! heish! tak minat tak minat! shooh! shooh! pergi jauh jauh! Artis Malaysia kan ramai. nak minat orang kafir tu buat apa?!
A : Eh? er, tapi encik. sekadar minat, apa salah nya? sama lah macam artis kat Malaysia ni haa.
B : Mana ada sama! Yang perempuan tu. kalau boleh nak tunjuk semua benda! Ha! itu yang budak budak kat sini ikut tu! Nanti tegur, "Alah..trend" katanya. Merepek!! (terus pergi)
A : eh! eh!!! (mengeluh) 


haa. itu lah pendapat rakan rakan saya. Macam macam. ada yang minat. ada yang menyampah. kalau dah minat tu, jangan kan biodata idola mereka, bahasa dan tulisan Korea pun nak belajar. Ye la, nak 'kahwin' dengan orang Korea la katakan. :) haha! apa apa pun sekian, laporan dari saya, Nur Saidah Aziz. Assalamualaikum. 
Annyeong <3