Saidah's Blog


Monday, July 25

baca ni !!!

so, assalamualaikum. haha! esok ujian! so, apa kejadahnye aku bukak blog ni?! keke! aku kan memang dah terlebih rajin. macam tu lahh! nak bagitau ni. semalam Dato' Dr. Fadzilah Kamsah datang kat SMK BTP iaitu, sekolah aku lahh. 

Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah

buat motivasi. tapi tajuk dia tekan kat ibubapa daa. =3=' tapi, aku dapat jugak beberapa petua dari doktor ni. best kot dia buat motivasi! semua yang dia cakap, masuk kepala! aku ingat lagi apa yang dia sampaikan. antaranya...


1) barang siapa yang ingat dia dapat balas jasa ibu bapa, berdosa hukumnya!
apa?! nak balas jasa ibu bapa pun berdosa kah? bukan.. doktor kata, jangan perasan! susu, kasih sayang pakai, makan, minum tu belum sure kita boleh bayar balik kat parents kita tau! yela, mana tau petang nanti pendek umur kita ke, mak ayah kita ke. hah! kan tak sempat dah! jadi jangan yakin sangat. sebagai konklusi, jangan sesekali menderhakai ibu bapa kita walaupun kita rasa diorang tak sayang kita ke apa. ingat tu!

2) barang siapa yang tidur pada waktu petang selama 40 hari berturut-turut akan gila!
hah! tak tau kan? ni kepada yang sukaaaa sangat tidur petang. dah lah lepas waktu asar, pastu homework belum tentu siap! haha! jangan marah. aku tak tidur petang tau! hehe. SUMPAH ! tak percaya sudah. daripada korang terbongkang petang petang tu, baiklah buat riadah berfaedah sikit. macam tolong mak korang kemas rumah ke. gosokkan baju sekolah adik korang ke. kan dapat pahala. ish ish ish...

3) bangun tidur, terus senyum selama 10saat, dan baca doa pembuka 12 pintu!
kenapa kena senyum? doktor kata, biarlah kita mulakan hari kita dengan senyuman, supaya insyaallah segalanya akan berjalan dengan lancar. doa pemmbuka 12 pintu tu apa? haa.. ni doa doktor suruh baca...
" bismillah...Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan, pintu-pintu syurga, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. amiin" 
oh, aku tulis BM je ye.. sama je kan.. hehe.

4) makan pisang sebagai breakfast!
menurut kajian science, kalau kita makan pisang dulu, penghidratan perut kita insyaallah akan sentiasa berjalan lancar. kira tak sakit perut lah. makan pisang tu, janganlah lepas dah makan nasik lemak plak! aduhh! haha!! kiranya selain sayur sayuran , pisang pun membantu kita dalam menguruskan perut ni. hmm, maknanya comfirm lawas lah kalau nak uk'uk pun. hehe!

5) pagi raya, makan kurma dulu sebelum pelahap jamuan yang lain!
hehe.. sempena dah nak puasa ni, mesti kita semua berebut nak buka puasa dengan kurma kan? hehe. biasalah. amalan Rasulullah SAW kan. mestilah nak ikut. tapi, time raya nanti, bangun pagi je, cari rendang lah ketupat lah. dandan tu lupa pasal kurma. kesian dia! hehe. doktor kata, jangan macam tu, tak elok. makan sekurang kurangnya sebiji kurma pun cukup sebagai tanda kita dah tamat berpuasa selama sebulan tu

haaaaa! tu saja lah antara point yang aku dapat daripada beliau. harap korang boleh amalkan. aku pun baru nak mula. oh! lupa! doktor pun ada cakap, pakai jam tangan di belah kanan adalah sunat!!!! heehee~ kenapa aku happy sangat? sebab aku pakai jam tangan kanan!! yelah, kidal kan? mestilah!!! hehehe! oklah.. tu sahaja! ni gambarnya..

saya pergi dengan Piqah!!
"ilmu kena diamalkan"